|
LANGKAH 1 :
Lakarkan corak batik bermotifkan bunga dan daun dengan imaginasi sendiri atau dilihat dari corak-corak dari sumber lain.
LANGKAH 2 :
Warnakan bunga-bunga batik dengan warna pastel.
LANGKAH 3 :
Ikut bahagian tepi lakaran dengan menggunakan pastel warna putih / lilin.
LANGKAH 4 :
Warnakan latar belakang corak dengan warna air yang kontra bagi menghasilkan corak yang menarik.
|
Aktiviti ini sesuai dijalankan oleh murid tahap 2 dengan menggunakan bahan dan alat seperti kertas lukisan, warna pastel, cat air dan lilin. Dengan menggunakan kreativiti sendiri, murid dapat menghasilkan corak batik seperti hasil kerja di atas dengan menggunakan teknik resis.
No comments:
Post a Comment