27 Nov 2011

LIPATAN DAN CELUPAN



LANGKAH 1 :

Bancuh warna air ke dalam bekas mengikut warna yang anda ingini.




LANGKAH 2 :

Lipat kertas tisu seperti rajah yang tunjukkan.





LANGKAH 3:

Celup hujung kertas tisu perlahan-lahan ke dalam bekas warna. Biarkan warna meresap. Teruskan mencelup bahagian yang lain dengan warna yang berbeza.


LANGKAH 4 : 

Buka kertas tisu dan letakkan di atas kertas lukisan. Kemudian jemur sehingga kering.

 

Murid menghasilkan corak tak terancang menggunakan teknik lipatan dan celupan seperti hasil kerja di bawah.

16 Nov 2011

RESIS ( BATIK TRADISIONAL )


LANGKAH 1 :

Lakarkan corak batik bermotifkan bunga dan daun dengan imaginasi sendiri atau dilihat dari corak-corak dari sumber lain.


LANGKAH 2 :

Warnakan bunga-bunga batik dengan warna pastel.



LANGKAH 3 :

Ikut bahagian tepi lakaran dengan menggunakan pastel warna  putih / lilin.



LANGKAH 4 :

Warnakan latar belakang corak dengan warna air yang kontra bagi menghasilkan corak yang menarik.

14 Nov 2011

CATAN ( BUAH EPAL )

LANGKAH 1 :

Membuat lakaran dengan pensel.


LANGKAH 2 :

Keluarkan keluarga warna merah untuk mewarna buah epal.
Bagi menghasilkan tona warna mulakan dengan warna yang paling gelap ( merah tua )



LANGKAH 3 :

Kemudian diikuti dengan warna merah yang berikutnya  ( merah yang sedikit cerah ).


LANGKAH 4 :

Akhir sekali dengan warna putih. Kemudian warnakan latar belakang.

LANGKAH 5 :

Bagi daun pula, gunakan keluarga warna hijau. Ulangi proses yang sama seperti langkah yang terdahulu.


LANGKAH 6 :

Akhir sekali bagi menghasilkan kemasan, ulangi garisan lakaran dengan warna hitam.


13 Nov 2011

MEMBUAT MODEL DURIAN ( BUAH DURIAN )

ALAT DAN BAHAN : Belon, kad manila, kertas surat khabar, gam kanji dan warna poster

LANGKAH 1 :
Tampal dan penuhkan belon yang telah ditiup dengan menggunakan kertas surat khabar yang dikoyak kecil-kecil dan gam kanji. Ulang langkah ini sehingga lapisan menjadi tebal. Biarkan ia kering.




LANGKAH 2 :
Gunting kad manila empat segi tepat sederhana besar. Gulung supaya menjadi bentuk kon. Buat seberapa banyak untuk dijadikan duri pada durian anda.




LANGKAH 3 :
Gunting bahagian bawah kon dan lipat ke atas seperti gambarajah. Kemudian lekatkan pada bahagian badan durian sehingga penuh. Gulung kertas manila berbentuk selinder dan lekatkan sebagai tangkai buah durian.




LANGKAH 4 :
Setelah kering, warnakan buah durian dengan menggunakan warna poster.





                                                                                                          
Inilah hasil kerja murid menghasilkan satu model durian daripada bahan terpakai.

RESIS ( PEMBALUT HADIAH )



10 Nov 2011

ANYAMAN ( HIASAN DINDING )

          Untuk menghasilkan anyaman, perlulah menyediakan kertas warna, gunting, gam, dan pisau. Oleh kerana mempertimbangkan keselamatan murid, maka dalam langkah 1 & 2, kesemua bahan disediakan oleh guru untuk mengelakkan mereka daripada kecederaan. Sepanjang aktiviti dijalankan, guru sentiasa memberi bimbingan terhadap murid supaya proses p&p berjalan dengan lancar. Murid juga dapat memberi kerjasama dan melibatkan aktiviti dengan aktif. Walaupun pertama kali membuat anyaman, namun kreativiti murid dapat dilihat melalui hasil kerja mereka.Berikut adalah langkah dan situasi semasa menjalankan aktiviti anyaman.

Langkah 1 : Ukur dan garis selebar 2 cm di bahagian tepi sekeping kertas lukisan atau
                   kertas warna. Kemudian ukur dan garis jalur selebar 1cm pada bahagian
                   dalam kertas tersebut dan potong dengan menggunakan pisau.
                    ( Dapatkan pengawasan guru )

Langkah 2 : Gunting kertas warna yang berlainan warna selebar 1 cm setiap satu.

Langkah 3 : Anyam kertas warna yang telah dipotong pada kertas dasar.

Langkah 4 : Buat kemasan dengan melekatkan bahagian bawah anyaman dan gunting
                   kertas yang lebih.

 




7 Nov 2011

GUNTINGAN DAN TAMPALAN

Pada hari Selasa yang lalu, murid-murid tahun 6 dikehendaki membawa kertas warna, kertas lukisan, gunting dan gam untuk menjalankan aktiviti guntingan dan tampalan. Sepanjang aktiviti ini diadakan, murid-murid dapat menggunakan idea sendiri untuk menghasilkan bentuk ikan yang kreativiti. Berikut adalah langkah-langkah menjalankan aktiviti dan hasil kerja murid.









CORAK GARISAN RAWAK ( CORAK TONA WARNA )

ALAT DAN BAHAN : Kertas Lukisan dan Warna Pastel





Hasil Kerja

3 Nov 2011

TIUPAN ( PEMBALUT HADIAH )

Alat dan bahan   :   Cat air, penyedut minuman
                             dan kertas lukisan

 






                                            Hasil kerja